Explore
Gaia Soulmates
 Advertising keeps Gaia free! Interested in sponsoring us?

My Philosophy In Life

Posted on Apr 16th, 2007 by Khairul Nuar : Journalist Khairul Nuar
 

FALSAFAH HIDUP


  • Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya
  • Sesuatu yang diusahakan dengan bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Bukannya mudah untuk memiliki / menikmati /memenuhi segala impian / harapan
  • Sekiranya kita bermasalah dengan sesama manusia, pasti kita mempunyai masalah dengan Allah
  • Manusia di muka bumi ini hanya memandang kepada paras rupa
  • Imej kendiri merupakan sesuatu yang menggambarkan sifat / identiti diri seseorang.
  • Sesungguhnya daya pemikiran kita terencat, kita meniru bukan mencipta, kita meminjam bukan memiliki, kita menceduk bukan berkarya, kita mencanang bukan merintis
  • Manusia yang hebat ialah manusia yang memikirkan bagaimana untuk menjadi hebat
  • Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri
  • Orang yang cemerlang ialah orang yang sentiasa berdampingan dengan kamus
  • Belajar di waktu muda bagaikan mengukir di atas batu
  • Berfikir untuk berubah ke arah yang lebih baik ( reformasi diri )
  • Sesuatu kerja yang dilakukan mestilah didatangkan dengan sepenuh hati dan perasaan
  • Setiap insan tidak lari daripada melakukan kesilapan kerana ‘bumi mana yang tidak ditimpa hujan'
  • Bukannya mudah untuk memahami hati dan perasaan insan lain
  • Usah biarkan diri kita dipandang enteng oleh orang lain. Tiada orang lain yang berhak menentukan hidup kita melainkan kita sendiri sendiri yang berusaha untuk merubah dan mencorakkan perjalanan hidup kita
  • Cinta - jadikanlah yang pertama dan yang terakhir - tiada dua atau tiga
  • Kerja seharusnya dilakukan dengan strategi, matlamat dan cara mempraktikkannya dengan penuh gaya tersendiri
  • Belajar untuk memahami, bukan untuk difahami
  • La tahzan - Jangan bersedih
Access_public Access: Public What do you think? Print views (1,978)  

You have to be a Gaia member to post comments.
Login or Join now!